Monday 6 August 2012

Serius Cool - Samsung Galaxy Note 10.1 Diperlihatkan (11 Gambar)


Giant

Setelah sekian lama menhilangkan diri, Samsung Galaxy Note 10.1 diperlihatkan oleh Samsung. Tidak seperti Samsung Galaxy Note asal, Note 10.1 ialah sebuah tablet bersaiz 10.1 inci dan ini bermakna ianya tidak mempunyai sokongan telefoni seperti Note. Bahagian dalamannya diberikan penaiktarafan dengan pemproses 1.4 Ghz Empat Teras dari keluarga Exynos dan chip grafik Mali-400MP. Dengan kata lain ianya sebuah Galaxy SIII dengan kasis yang lebih besar.

Dari segi kamera pula ia dilengkapi kamera belakang 5 Megapixel dan kamera hadapan 1.9 Megapixel. RAM sebanyak 2 GB melengkapi spesifikasi perkakasannya. Seperti Note asal, Note 10.1 juga didatangi dengan stylus S-Pen bagi memudahkan anda menulis dan melukis secara terus diatas skrin. Ia akan muncul dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Saiz storan dalaman masih belum kami perolehi tetapi ura-ura mengatakan ianya diantara 16-64 Gigabyte.Harga juga masih belum diumumkan tetapi kemungkinan akan diketahui menjelang 15 Ogos ini apabila ia secara rasminya akan dipertontonkan kepada umum. Amacam? Tertarik? Kami di Blogserius dan Amanz.My mahu menantikan Galaxy Note II sebenarnya kerana tablet 10.1 adalah agak pointless buat masa ini.






Laporan asal GSMArena

8 comments:

  1. nice tho, but no money, no tab or whatsoever OTL

    ReplyDelete
  2. nampaknya samsung device masih lagi di atas apple... kesian ifags asyik ketinggalan je... tapi 1malaysia pad lagi hebat dari semua tablet yg ada

    ReplyDelete
  3. Device canggih manggih..akhirnya tengok youjizz jugak sambil baring

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails